BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 26 July 2011

SESI PEMBELAJARAN TMK KE-6

Hari ini Puan Zakiah meminta kami menggunakan Microsof Word . Kami dikehendaki menggunakan microsof word untuk menyiapkan resume. Resume kami mengandungi maklumat berkaitan diri kami . Selain itu , dengan menggunakan microsof word , kami boleh membuat kad jemputan , dan sebagainya.. 

REFLEKSI 
Saya dapat mencuba pelbagai perkara baru dengan menggunakan perisian microsof word ini . Pelbagai urusan dapat disiapkan dengan menggunakan perisian ini . Perisian ini memudahkan semua kerja kami,. :)

Monday 18 July 2011

SESI PEMBELAJARAN TMK KE-5

Hari ini kami diberi kuiz oleh Puan Zakiah . Terdapat 10 soalan di dalam kuiz tersebut . Selepas itu , Puan Zakiah mengajar kami cara membuat folder di desktop iaitu dengan hanya menekan butang right click di desktop . Di dalamnya terdapat perkataan NEW , dan apabila perkataan tersebut diclick , dengan mudahnya kami dapat membuat folder . Puan Zakiah juga mengajar kami cara untuk move folder dari satu folder ke satu folder lain . Jika kita tidak tahu kedudukan folder tersebut , di dalam pc  tersebut mempunyai kemudahan untuk mencari semula folder-folder tersebut iaitu dengan menekan butang SEARCH . Jika kita ingin mencari folder yang berbentuk word , kite boleh menekan (*.docx) . Dan jika kita ingin mencari folder yang berbentuk picture , kita dapat mencarinya dengan mudah iaitu dengan menekan perkataan ( *.gif , *.jpeg , *.jpg , *.bmp ) ..  *.bmp merupakan picture yang bersaiz besar , manakala *.gif pula merupakan picture yang bersaiz kecil . Dan jika di zoom kan , gambar tersebut tidak begitu jelas dan agak kabur . Jika kita ingin mencari maklumat berbentuk music pula , kita boleh menekan perkataan (mp3 , av , dan wav ) . Manakala folder movie boleh dicari dengan menekan perkataan , (.mov , .avi , .mpeg ) di dalam ruangan SEARCH tersebut . Puan Zakiah juga menyatakan bahawa jika kita berminat untuk membuat movie , kita boleh menggunakan aplikasi windows movie maker  ,dan jika kita ingin mengepostnya di internet , kita perlu menyimpannya sebagai  -à video files (mpeg) .


Jika kita ingin menggunakan sound recorder , kita boleh menekan accessories , di dalam nye terdapat aplikasi sound recorder .
Selain itu, Puan Zakiah menerangkan kembali tentang sistem komputer .

terdapat 3 jenis perisian iaitu :
1 . perisian sistem

2 . perisian utiliti

3 . perisian aplikasi .
-  microsof word – mempersembahkan bahan berbentuk perkataan
-Microsoft powerpoint – persembahan elektronik
- microsoft excel – hamparan persembahan

Selepas itu , Puan Zakiah juga memberi sedikit informasi tentang virus . Virus biasanya berbentuk worm . bentuk worm sebenarnya merupakan kod aturcara . Oleh sebab itu , kita msetilah sentiasa mengUPDATE antivirus .
DI akhir sesi pembelajaran , kami dikehendaki menyatakan jenis-jenis virus dan tujuan virus digunakan .



REFLEKSI
Banyak informasi yang saya perolehi sepanjang sesi pembelajaran TMK hari ini..
Maklumat yang saya perolehi tentang jenis-jenis virus adalah seperti berikut : “)


Jenis-jenis Virus Biasa

BOOT SECTOR - Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket pada bahagian rekod boot utama (MBR).Ia akan mendiamkan dirinya sehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut.

PARTITION TABLE - Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang "partition table" cakera keras (ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan.

FILE VIRUS - Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pada fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik(sering berubah) dan virus stealth(tidak meninggalkan kesan).

MULTIPARTITE VIRUS - Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan pengkodan yang kompleks.Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan.

MACRO VIRUS - Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai 1995 di dalam MS WORD. Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi Word,Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh menghasilkan jaringan arahan didalam sebuah fail yang menjalankan arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci itu ditekan.Terdapat juga virus makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain.

TROJAN HORSE - Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabila ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail.

WORMS - Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan hasilnya ialah penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.



Jenis-jenis Virus Bahaya

Virus Bagle BC- Virus ini termasuk salah satu jenis virus yang berbahaya dan telah masuk peringkat atas jenis virus yang paling cepat mempengaruhi komputer kita. Beberapa jam sejak keluarnya virus ini, sudah terdapat 2 buah varian Bagle ( Bagle BD dan BE )yang menyebar melalui e-mail, jaringan komputer dan aplikasi P2P. Virus ini menyebar melalui e-mail dengan pelbagai subjek berbeza. Menurut suatu penelitian dari Panda Software virus Bagle BC ini menyusup ke dalam e-mail dengan subjek antara lain : Re:, Re:Hello, Re:Hi, Re:Thank you, Re:Thanks. Attachment-nya juga bermacam-macam, antara lain : .com, .cpl, .exe, .scr. Virus Bagle BC juga mampu untuk menghentikan kerja program-program antivirus.


Virus Polymorphic, dapat dikatakan virus cerdas kerana virus dapat mengubah strukturnya setelah melaksanakan tugas sehingga sukar diKesan oleh Antivirus.



   Virus Stealth, virus ini menggunakan cara cerdik, iaitu dengan memodifikasi struktur file untuk meyembunyikan kod program tambahan di dalamnya. Kod ini memungkinkan virus ini dapat menyembunyikan diri. Semua jenis virus lain juga memanfaatkan kod ini. Ukuran-ukuran file tidak berubah setelah virus menginfeksi file.


 Virus Companion, virus jenis ini mencari file *.EXE untuk membuat sebuah file *.COM dan menyalin untuk meletakkan virus. Alasannya, file *.COM berjalan sebelum file *.EXE.


Backdoor Alnica, virus yang juga berbahaya ini merupakan salah satu tipe virus Trojan Horse. Merupakan salah satu virus backdoor yang jika berhasil menginfeksi komputer akan mampu melakukan akses dari jarak jauh dan mengambil segala informasi yang diinginkan oleh si penyerang. Sistem operasi yang diserang oleh virus tersebut antara lain : Windows 200, Windows 95, Windows 98, Windows Me, Windows NT dan Windows XP. Virus ini berukuran sebesar 57.856 byte


Trojan di Linux, Para pengguna linux Red Hat diharapkan untuk berhati-hati terhadap PATCH yang dikirm melalui e-mail dengan alamat “security@redhat.com” kerana itu sebenarnya bukannya patch security tetapi virus Trojan yang biasa mengacaukan sistem keamanan. E-mail peringatan dari Red Hat biasanya selalu dikirim dari alamat “secalert@redhat.com” dan ditandatangani secara digital. Virus ini juga pernah menyerang sistem keamanan Windows tahun 2003 dengan subjek menawarkan solusi keamanan.

Wednesday 13 July 2011

SESI PEMBELAJARAN TMK 4

Hari ini kami belajar tentang pengenalan komputer . Apa itu network @ rangkaian?? rangkaian membawa maksud , sekumpulan komputer yang saling berhubung .Rangkaian ini boleh digunakan untuk mengakses internet . Selain itu , kami juga belajar mengenai literasi komputer . Literasi membawa maksud pengetahuan dan kefahaman tentang komputer serta kegunaannya . Manakala maksud illiterasi komputer pula adalah tidak memahami @atau tidak mempunyai pengetahuan tentang cara menggunakan kemudahan komputer . Selain itu , Puan Zakiah juga memberi penerangan tentang takrifan perkataan-perkataan berikut :

What is computer literacy?
Computer literacy is knowledge and understanding of computer and their uses example Microsoft word is for making letter or any documents. This is because computer is everywhere.

How computer is defined??
Electronic device operating under the control of instructions stored in  its own memory which can accept data ( input ) and process data into data that is well organized, meaningful and useful and produce results ( output ) like banner and poster.

What is the information processing cycle ?
Input, process, output, storage, communication.

The Compenant of a Computer??
Input device like keyboard, microphone, stylus pen, scanner, and digital camera. This hardware is used to enter data and instructions. Output device is hardware that produce information. System unit or chasis is a box like case cointaining electronic compenant used to process data. Two main compenant of the motherboard are CPU that is also called processor and carries out instruction that tell computer what to do. One more is memory which have temporary holding place for data and instructions.

What is storage?
Storage can hold data, instructions and information for future use. Storage media is physical material on which data ang information are stored. Storage device records and retrieves items to and from a storage medium. Storage medium is digital cameras, handheld computer, portable,thin memory cards.

What is floppy disk?
Thin, circular, flexible disk enclosed in rigid plastic shell and has much greater capacity.

What is flash drive?
Flash drive provides much greater storage capacity.

What is hard disk?
Hard disk provides much greater storage than flash drive and floppy disk and is housed inside the system unit/chasis.

Compact disk is flat, round, portable metal disc such as CD ROM, CD RW, DVD ROM, DVD RW.

Computer is very powerful because its have storage, realibility and consistency, speed, accurate and communications.

Network and Internets?
Collection of computer and devices connected together. Communication device enables a connection between a computer by using one type modem, route or bridge. Communication media is microwave (wireless), cables (wired), telephone lines, cellular radio, satellites.

What are the reasons to network is to share resources, hardware devices (network printer), software programmes, data, information, so that, we can save time and money.

What is a server?
Manages the resources on a network and a client can accsess the resources on the server.
What is internet?(international network)
World wide of collection of networks that connects million of computer.

We use internet to communicate, to get information, for shopping, banking, investing, having classes and entertainment.

What is the web?
Billion of documents, called web pages available to anyone connected to the internet. A web site is a collection of related web pages. A web pages contains text, graphics, sound, video, and links to other web pages. We can share information by creating web pages or posting photos on a photo community.

REFLEKSI
hari ini saya dapat belajar banyak perkara mengenai komputer .. Penerangan yang diberikan oleh Puan Zakiah cukup lengkap dan saya dapat memahaminya.

Tuesday 12 July 2011

SESI PEMBELAJARAN TMK 3

Puan zakiah meminta kami semua untuk membuat blog masing-masing . Blog yang dibuat adalah bertujuan untuk menghantar / mengepost efortfolio kami mengenai sesi pembelajaran di dalam kelas TMK . setiap efortfolio perlulah lengkap dan mempunyai refleksi bagi setiap sesi pembelajaran tersebut . Sebelum blog dibuat , kami perlu membuat akaun gmail . Pendaftaran akaun gmail boleh dibuat di laman sesawang , www.google.com . Kebanyakan pelajar di dalam kelas hanya mempunyai akaun ymail . Oleh itu , kami diminta untuk membuat akaun gmail masing- masing . Setelah membuat akaun gmail , kami diminta untuk membuka laman sesawang , www.blogger.com dan kami perlu mendaftar menggunakan emel gmail tersebut bagi menghasilkan satu profil blog . Apabila blog tersebut telah dibuat , kami boleh mengedit nama blog tersebut atas kehendak masing-masing . Puan Zakiah juga turut menyiarkan blognya untuk dijadikan contoh kepada kami di screen .




REFLEKSI

saya berasa amat teruja untuk membuat blog . Sebelum ini , saya memang kurang berpengetahuan tentang blog-blog . Kebiasaannya saya hanya melawat blog- blog rakan-rakan saya .Saya pernah meminta mereka untuk memberi tunjuk ajar tentang cara-cara membuat blog ini , tetapi penerangan yang mereka berikan tidak lengkap . Syukurlah dengan adanya tunjuk ajar daripada Puan Zakiah dan rakan-rakan kelas ini , saya dapat mencipta satu akaun gmail dan blog sendiri . Secara tidak langsung , saya boleh mengambil inisiatif ini untuk membuat blog lain di kemudian hari . Saya berharap saya dapat membuat blog-blog yang lebih menarik selepas ini . Saya ingin mengedit profil blog ini untuk menjadikannya lebih menarik untuk dibaca oleh para pembaca .Saya masih ingin belajar banyak perkara tentang ICT kerana saya kurang pengetahuan tentang ICT .

Sunday 10 July 2011

SESI PEMBELAJARAN TMK- 2

Puan zakiah meminta kami menyatakan komponen-komponen yang terdapat di dalam hardware (perkakasan) .

Komponen Perkakasan terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu ;

1 . INPUT
-antara contoh komponen perkakasan input termasuklah keyboard , mouse , scanner , microphone , joystick , stylus .

2 . OUTPUT
- antara contoh komponen perkakasan output termasuklah speaker , monitor , printer .

3 . STORAGE
-antara contoh komponen perkakasan storage termasuklah hard disk , disket , pendrive , CPU , cd rom , cd vw , memory card , dvd .

1 bait = 8 bit
1kb = 1024 bit
1mb= 1048576 bit
1Gb = 1073741824 bit

4 . COMMUNICATION
- antara contoh komponen perkakasan communication termasuklah modem (modulator demolutor ) , broadband , streamix , unifi dan wifi .



Puan zakiah menerangkan dengan lebih terperinci tentang perkara yang berkaitan modulator dan demulator . Menurutnya , modulator terhasil apabila digital wave bertukar kepada analog wave . Manakala , demulator terhasil apabila analog wave bertukar kepada digital wave .

Modulator – DIGITAL WAVE ~> ANALOG WAVE

demulator – ANALOG WAVE ~> DIGITAL WAVE



REFLEKSI

Melalui sesi pembelajaran kedua ini , saya didedahkan dengan lebih terperinci tentang komponen-komponen perkakasan . Terdapat banyak contoh alat didalam setiap bahagian perkakasan . Secara tidak langsung , pemahaman dan pengetahuan saya tentang komponen yang terdapat dalam perkakasan menjadi lebih bertambah dan lebih terperinci . Penerangan terhadap modulator dan demulator oleh Puan Zakiah disampaikan dengan begitu terperinci dan menarik minat kami untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam. Pada mulanya saya tidak memahami apa yang diterangkan oleh puan zakiah tentang topik tersebut , tetapi setelah diberi penerangan dengan lebih lanjut dan berulang kali , akhirnya saya dapat memahaminya . Di akhir sesi pembelajaran kami , Puan zakiah meminta kami mencari nama penuh bagi AMD dan processor yang terbaru . Setelah mencari maklumat tersebut , nama penuh bagi AMD ialah Advance Micro Devices . Manakala processor yang terbaru ialah Liano Chips .

SESI PEMBELAJARAN TMK - 1

DEFINISI TEKNOLOGI

Puan Zakiah menerangkan definisi teknologi . Menurut Puan Zakiah , teknologi bermaksud sesuatu yang dihasilkan untuk memudahkan manusia. Maksud lain teknologi yang saya dapati daripada sumber internet membawa maksud suatu alat utama dalam era maklumat . Teknologi digunakan untuk mencapai , menyimpan dan menyebarkan maklumat terutamanya maklumat berbentuk digital . Pada pendapat saya , teknologi sememangnya merupakan satu keperluan asas bagi setiap manusia kini dan tidak lagi menjadi barang kehendak .

CONTOH BARANG TEKNOLOGI

Antara contoh barang teknologi termasuklah KOMPUTER , TELEFON BIMBIT dan NOTEBOOK .



CARA MENYEBARKAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN ALAT TEKNOLOGI
(dalam komunikasi )

Dengan adanya alat komunikasi , maklumat dapat disalurkan kepada pengguna lain . Contohnya melalui facebook , skype , twitter , blog , e-mel , SMS dan lain-lain . Dengan adanya kemudahan teknologi komunikasi ini , maklumat akan sampai dengan cepat dan pantas .


KEBAIKAN MENGGUNAKAN ALAT TEKNOLOGI

Antara kebaikannya termasuklah dapat berkongsi idea dengan rakan-rakan contohnya dalam pelajaran . Hal ini sedikit sebanyak memberi impak positif kepada para pelajar . Apabila mereka berkongsi idea , secara tidak langsung pengetahuan semasa mereka bertambah dan mereka juga akan memperoleh input yang baru daripada idea-idea yang mereka sumbangkan . Selain itu , maklumat-maklumat yang terdapat dalam alat teknologi komunikasi ini juga boleh dijadikan rujukan . Sebagai contoh , pelajar yang ingin meningkatkan pemahamannya terhadap sesuatu topik sudah semestinya tidak hanya bergantung kepada buku-buku rujukan semata-mata. Kebiasaanya mereka juga akan menggunakan teknologi untuk mendapatkan maklumat berkaitan topik tersebut untuk meningkatkan pemahaman mereka .

Puan Zakiah juga menerangkan sedikit informasi tentang sistem komputer . Menurutnya , sistem komputer terdiri daripada hardware ( perkakasan ) dan software (perisian) . Kedua-dua komponen ini melengkapkan sistem komputer .

HARDWARE :
Melalui sumber internet yang saya perolehi , hardware bermaksud salah satu komponen / alat dari sebuah komputer yang boleh dilihat , disentuh secara langsung atau berbentuk nyata yang berfungsi untuk melancarkan proses dalam komputer . Contoh alatnya termasuklah alat mencetak , papan kekunci dan lain-lain .

SOFTWARE :
terdiri daripada installer , aplikasi , operating sistem (window 7 ) dan lain-lain .




PERKEMBANGAN DALAM KOMPUTER

Generasi 1 ( KOMPUTER DIGITAL PERTAMA )

Komputer digital pertama yang dihasilkan ialah pada tahun 1941-1956 . Komputer Eniac ( Electronical Numerical Integrator And Computer ) ini dibangunkan dengan kerjasama University of Pennsylvannia dan kerajaan US . Komputer ini mempunyai 18000 tiub vakum dan 7000 resistors yang dibangunkan oleh John Presper Eckert dan John W Mauchly yang merupakan “general purpose computer” . Von Neumann pula mereka bentuk EDVAC ( Electronic Discrete Variable Automatic Computer ) pada tahun 1945 . Pada tahun 1951 , UNIVAC 1 (Universal Automatic Computer ) direka oleh Remington Rand . Komputer-komputer digital pertama ini menggunakan bahasa mesin (symbol) untuk melaksanakan operasi . Komputer-komputer ini menggunakan tiub hampagas dan dram magnet untuk menyimpan data .

REFLEKSI

Melalui sesi pembelajaran pertama ini , pada mulanya saya agak keliru dan sukar untuk memahami maksud teknologi walaupun perkataan TEKNOLOGI ini sememangnya sudah sebati dengan kehidupan seharian manusia kini . Sering kali kita mendengar perkataan TEKNOLOGI , tetapi definisi TEKNOLOGI sebenar agak sukar untuk ditafsirkan dengan tepatnya . Terdapat banyak pendapat dan pandangan masyarakat tentang maksud teknologi . Setelah membaca artikel-artikel mengenai teknologi , saya berpendapat bahawa teknologi merupakan satu alat yang mana semua manusia kini memerlukannya . Tanpa teknologi , maklumat- maklumat yang disampaikan agak kabur dan tidak dapat disebarkan secara menyeluruh . Setelah diberi penerangan yang lengkap oleh Puan Zakiah mengenai Teknologi ini , barulah saya faham dan tidak lagi keliru .Selepas itu , topik berkaitan komponen-komponen komputer seperti hardware dan software telah dinyatakan oleh Puan Zakiah . Pengertian hardware secara asasnya saya telah fahaminya , tetapi pengertian software agak kabur dan sedikit sukar untuk saya fahami . Pada pemahaman saya , software ini merupakan satu komponen yang mana kita tidak boleh menyentuhnya dan ia merupakan sesuatu perisian . Saya kurang faham tentang perisian utiliti seperti yang dinyatakan oleh Puan Zakiah .
Perkembangan komputer seperti yang diterangkan oleh Puan Zakiah kepada kami agak menarik perhatian saya . Saya begitu tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkembangan komputer daripada generasi pertama kepada generasi-generasi seterusnya . Melalui imej-imej komputer generasi pertama yang dipancarkan oleh Puan zakiah di screen , saya begitu teruja kerana jika dibandingkan dengan komputer-komputer kini , komputer-komputer generasi agak berbeza dan saiznya agak ketara . komputer-komputer generasi pertama agak besar jika dibandingkan komputer –komputer pada abad ini .