BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 7 August 2011

SESI PEMBELAJARAN TMK KE-8


Hari ini Puan Zakiah mengajar kami cara membuat mail merge. Contohnya jika ingin membuat sijil untuk markah bulanan pelajar , mail merge akan digunakan . Apabila menggunakan mail merge ini , kami dikehendaki membuka dua 2 microsof word . Kita mestilah memasukkan data yang dikehendaki dengan selengkapnya di 1 microsof word . Kemudian , maklumat di sijil pelajar tersebut yang mana terpapar di microsof word yang lain akan menjadi lengkap dengan menggunakan mail merge . Mail merge dapat menghantar maklumat dalam data tersebut ke sijil pelajar tersebut.

Refleksi
Sebagai bakal guru , mail merge sangat berguna untuk melengkapkan data murid-murid dengan lebih tepat. Kami berasa amat bertuah kerana dapat lebih mendalami fungsi microsof word . Saya tidak menyangka bahawa microsof word mempunyai banyak kegunaannya . Microsof word juga dapat membantu seseorang menjadi lebih kreatif dan inovatif . Dengan microsof word juga , urusan secara bertulis menjadi lebih mudah .







Thursday 4 August 2011

SESI PEMBELAJARAN TMK KE-7

Hari ini Puan Zakiah menerangkan dengan lebih lanjut tentang aplikasi microsof word . Dengan menggunakan microsof word juga , kita dapat membuat graf , memasukkan sesuatu data dengan menggunakan smart art . Selain itu , kita juga boleh membuat cover page sesuatu folio dengan menggunakan microsof word ini .

ReFLEKSI


Pelbagai perkara menarik yang dapat dilakukan dengan menggunakan microsof word ini . Kami juga belajar cara memasukkan gambar di dalam microsof word dengan menekan clip art di dalam microsof tersebut. Dengan ini , kita dapat memasukkan gambar dari folder-folder kita , tidak hanya bergantung kepada gambar animasi di dalam clip art sahaja.  Hari ini , kami diajar cara membuat jadual dan seterusnya memasukkan data . Data yang lengkap membolehkan graf terbina iaitu dengan menggunakan insert-> chart .