BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 10 July 2011

SESI PEMBELAJARAN TMK - 1

DEFINISI TEKNOLOGI

Puan Zakiah menerangkan definisi teknologi . Menurut Puan Zakiah , teknologi bermaksud sesuatu yang dihasilkan untuk memudahkan manusia. Maksud lain teknologi yang saya dapati daripada sumber internet membawa maksud suatu alat utama dalam era maklumat . Teknologi digunakan untuk mencapai , menyimpan dan menyebarkan maklumat terutamanya maklumat berbentuk digital . Pada pendapat saya , teknologi sememangnya merupakan satu keperluan asas bagi setiap manusia kini dan tidak lagi menjadi barang kehendak .

CONTOH BARANG TEKNOLOGI

Antara contoh barang teknologi termasuklah KOMPUTER , TELEFON BIMBIT dan NOTEBOOK .



CARA MENYEBARKAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN ALAT TEKNOLOGI
(dalam komunikasi )

Dengan adanya alat komunikasi , maklumat dapat disalurkan kepada pengguna lain . Contohnya melalui facebook , skype , twitter , blog , e-mel , SMS dan lain-lain . Dengan adanya kemudahan teknologi komunikasi ini , maklumat akan sampai dengan cepat dan pantas .


KEBAIKAN MENGGUNAKAN ALAT TEKNOLOGI

Antara kebaikannya termasuklah dapat berkongsi idea dengan rakan-rakan contohnya dalam pelajaran . Hal ini sedikit sebanyak memberi impak positif kepada para pelajar . Apabila mereka berkongsi idea , secara tidak langsung pengetahuan semasa mereka bertambah dan mereka juga akan memperoleh input yang baru daripada idea-idea yang mereka sumbangkan . Selain itu , maklumat-maklumat yang terdapat dalam alat teknologi komunikasi ini juga boleh dijadikan rujukan . Sebagai contoh , pelajar yang ingin meningkatkan pemahamannya terhadap sesuatu topik sudah semestinya tidak hanya bergantung kepada buku-buku rujukan semata-mata. Kebiasaanya mereka juga akan menggunakan teknologi untuk mendapatkan maklumat berkaitan topik tersebut untuk meningkatkan pemahaman mereka .

Puan Zakiah juga menerangkan sedikit informasi tentang sistem komputer . Menurutnya , sistem komputer terdiri daripada hardware ( perkakasan ) dan software (perisian) . Kedua-dua komponen ini melengkapkan sistem komputer .

HARDWARE :
Melalui sumber internet yang saya perolehi , hardware bermaksud salah satu komponen / alat dari sebuah komputer yang boleh dilihat , disentuh secara langsung atau berbentuk nyata yang berfungsi untuk melancarkan proses dalam komputer . Contoh alatnya termasuklah alat mencetak , papan kekunci dan lain-lain .

SOFTWARE :
terdiri daripada installer , aplikasi , operating sistem (window 7 ) dan lain-lain .




PERKEMBANGAN DALAM KOMPUTER

Generasi 1 ( KOMPUTER DIGITAL PERTAMA )

Komputer digital pertama yang dihasilkan ialah pada tahun 1941-1956 . Komputer Eniac ( Electronical Numerical Integrator And Computer ) ini dibangunkan dengan kerjasama University of Pennsylvannia dan kerajaan US . Komputer ini mempunyai 18000 tiub vakum dan 7000 resistors yang dibangunkan oleh John Presper Eckert dan John W Mauchly yang merupakan “general purpose computer” . Von Neumann pula mereka bentuk EDVAC ( Electronic Discrete Variable Automatic Computer ) pada tahun 1945 . Pada tahun 1951 , UNIVAC 1 (Universal Automatic Computer ) direka oleh Remington Rand . Komputer-komputer digital pertama ini menggunakan bahasa mesin (symbol) untuk melaksanakan operasi . Komputer-komputer ini menggunakan tiub hampagas dan dram magnet untuk menyimpan data .

REFLEKSI

Melalui sesi pembelajaran pertama ini , pada mulanya saya agak keliru dan sukar untuk memahami maksud teknologi walaupun perkataan TEKNOLOGI ini sememangnya sudah sebati dengan kehidupan seharian manusia kini . Sering kali kita mendengar perkataan TEKNOLOGI , tetapi definisi TEKNOLOGI sebenar agak sukar untuk ditafsirkan dengan tepatnya . Terdapat banyak pendapat dan pandangan masyarakat tentang maksud teknologi . Setelah membaca artikel-artikel mengenai teknologi , saya berpendapat bahawa teknologi merupakan satu alat yang mana semua manusia kini memerlukannya . Tanpa teknologi , maklumat- maklumat yang disampaikan agak kabur dan tidak dapat disebarkan secara menyeluruh . Setelah diberi penerangan yang lengkap oleh Puan Zakiah mengenai Teknologi ini , barulah saya faham dan tidak lagi keliru .Selepas itu , topik berkaitan komponen-komponen komputer seperti hardware dan software telah dinyatakan oleh Puan Zakiah . Pengertian hardware secara asasnya saya telah fahaminya , tetapi pengertian software agak kabur dan sedikit sukar untuk saya fahami . Pada pemahaman saya , software ini merupakan satu komponen yang mana kita tidak boleh menyentuhnya dan ia merupakan sesuatu perisian . Saya kurang faham tentang perisian utiliti seperti yang dinyatakan oleh Puan Zakiah .
Perkembangan komputer seperti yang diterangkan oleh Puan Zakiah kepada kami agak menarik perhatian saya . Saya begitu tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkembangan komputer daripada generasi pertama kepada generasi-generasi seterusnya . Melalui imej-imej komputer generasi pertama yang dipancarkan oleh Puan zakiah di screen , saya begitu teruja kerana jika dibandingkan dengan komputer-komputer kini , komputer-komputer generasi agak berbeza dan saiznya agak ketara . komputer-komputer generasi pertama agak besar jika dibandingkan komputer –komputer pada abad ini .

No comments:

Post a Comment