BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 10 July 2011

SESI PEMBELAJARAN TMK- 2

Puan zakiah meminta kami menyatakan komponen-komponen yang terdapat di dalam hardware (perkakasan) .

Komponen Perkakasan terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu ;

1 . INPUT
-antara contoh komponen perkakasan input termasuklah keyboard , mouse , scanner , microphone , joystick , stylus .

2 . OUTPUT
- antara contoh komponen perkakasan output termasuklah speaker , monitor , printer .

3 . STORAGE
-antara contoh komponen perkakasan storage termasuklah hard disk , disket , pendrive , CPU , cd rom , cd vw , memory card , dvd .

1 bait = 8 bit
1kb = 1024 bit
1mb= 1048576 bit
1Gb = 1073741824 bit

4 . COMMUNICATION
- antara contoh komponen perkakasan communication termasuklah modem (modulator demolutor ) , broadband , streamix , unifi dan wifi .



Puan zakiah menerangkan dengan lebih terperinci tentang perkara yang berkaitan modulator dan demulator . Menurutnya , modulator terhasil apabila digital wave bertukar kepada analog wave . Manakala , demulator terhasil apabila analog wave bertukar kepada digital wave .

Modulator – DIGITAL WAVE ~> ANALOG WAVE

demulator – ANALOG WAVE ~> DIGITAL WAVE



REFLEKSI

Melalui sesi pembelajaran kedua ini , saya didedahkan dengan lebih terperinci tentang komponen-komponen perkakasan . Terdapat banyak contoh alat didalam setiap bahagian perkakasan . Secara tidak langsung , pemahaman dan pengetahuan saya tentang komponen yang terdapat dalam perkakasan menjadi lebih bertambah dan lebih terperinci . Penerangan terhadap modulator dan demulator oleh Puan Zakiah disampaikan dengan begitu terperinci dan menarik minat kami untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam. Pada mulanya saya tidak memahami apa yang diterangkan oleh puan zakiah tentang topik tersebut , tetapi setelah diberi penerangan dengan lebih lanjut dan berulang kali , akhirnya saya dapat memahaminya . Di akhir sesi pembelajaran kami , Puan zakiah meminta kami mencari nama penuh bagi AMD dan processor yang terbaru . Setelah mencari maklumat tersebut , nama penuh bagi AMD ialah Advance Micro Devices . Manakala processor yang terbaru ialah Liano Chips .

No comments:

Post a Comment